About HM Corporate Objectives Organisation Structure Corporate Structure Board of Directors Management Business Activities

 

Halim Mazmin gesa usaha sama GLC, perkapalan tempatan

04 April 2005 

          

Pengendali dan pemilik kapal tempatan, Halim Mazmin Bhd. (HMB) menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan yang terlibat dalam urusan penghantaran kargo supaya membentuk uasaha sama dengan pengendali kapal tempatan.
 
Pengerusi Eksekutif HMB, Tan Sri Halim Mohammad berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan kebergantungan negara kepada kapal milik syarikat asing dapat dikurangkan.
 
Katanya, tahun lalu, hanya kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan fret dibawa mcnggunakan kapal milik rakyat Malaysia manakala bakinya, yang mewakili sebahagian besar perniagaan tersebut, dinikmati oleh pengendali kapal asing.
 
Beligu berkata, kerajaan sudah berjaya dalam memastikan syarikat-syarikat di Malaysia menggunakan kemudahan pelabuhan-pelabuhan tempatan malah sehingga menggugat pelabuhan negara jiran.
 
Menurutnya, sudah tiba masanya supaya kerajaan memberi perhatian yang sama dalam aspek logistik iaitu memastikan penggunaan lebih besar kapal-kapal yang dimiliki dan dikendalikan oleh rakyat tempatan.
 
"Langkah itu wajar bermula dengan GLC dan agensi kerajaan yang terlibat dalam perniagaan kargo.
 
"Mereka boleh menjalin usaha sama dengan pengendali kapal dan apabila ada sesuatu kargo,kapal milik Malaysia hendaklah diberi keutamaan," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
 
Halim berkata, langkah seumpamanya boleh membantu mengurangkan kebergantungan industri negara ini kepada kapal-kapal milik asing.
 
Beliau turat menyentuh mengenai kemelut kekurangan tenaga mahir tempatan dalam sektor perkapalan.
 
Katanya, sekiranya masalah itu tidak diatasi secepat mungkin, industri perkapalan negara akan menyaksikan kebanjiran masuk tenaga asiang.
 
Di pihak HMB senndiri, jelas beliau, masalah itu memang wujud tetapi masih boleh dikawal.
 
Kira-kira 20 peratus daripada tenaga kerjanya merupakan pegawai asing.
 
"Lebih banyak promosi dan pendedahan mengenai prospek kerja dalam bidang perkapalan wajar diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah sebagai galakan untuk menyertainya," katanya.
 
Beliau berkata, HMB bukan sahaja akan terus menawarkan latihan maritime kepada lepasan sekolah malah mengalu-alukan penyertaan lulusan universiti untuk dilatih menjadi pegawai atau kapten kapal.
 
Mengenai prestasi kewangan syarikat sepanjang tahun 2004, HMB mencatatkan keuntungan bersih tertinggi sejak ia disenaraikan pada tahun 1996, iaitu sebanyak RM68.93 juta, yang juga peningkatan sebanyak 146.63 peratus berbanding tahun 2003.
 
Katanya, keuntungan itu didorong oleh hasil daripada operasi kesemua kapal-kapalnya dan juga penjualan tiga buah kapal iaitu Meridian Sun, MSC America dan MDC Tasmania pada tahun lalu yang menyumbang laba sabanyak RM39.13 juta.
 
"Namun, tanpa penjualan itu sekalipun,kami akan tetap mencatatkan keuntungan bersih yang tinggi berbandiag RM27.949 juta yang dicatat tahun 2003," jelas beliau.
 
Beliau berkata, penjualan kapal-kapal berkenaan adalah tepat pada masanya bagi syarikat meraih manfaat daripada nilai harganya yang tinggi.
 
Tambahnya, jika penjualan itu dilakukan dua tahun lagi, harganya tidak akan mencapai tahap setinggi itu.
 
Dengan penjualan itu juga, ujarnya,HMB kini mewakili rizab tunai yang tinggi iaitu sebanyak RM322 juta, sekali gus membolehkan ia merancang untuk melaksanakan program perluasan.
 
"Kami bersedia untuk membeli kapal-kapal tetapi bukan sekarang kerana permintaan yaog tinggi untuk kapal-kapal terutamanya daripada China telah menyebabkan harga kapal terpakai pun tinggi," jelasnya.
 
Halim berkata, pihaknya juga telah memeterai perjanjian untuk penjualan sebuah lagi kapal, Meridian Polaris dan keuntungan daripada penjualan itu dijangka direalisasikan pada suku kedua tahun ini.

            

 BACK TO NEWS PAGE 

 

Investor's Brief

 » Share Tracking

 » Performance Indicators              

 » KLSE Announcement

 » Annual Report

    # Year 2000 ( pdf format )

    # Year 2001 ( pdf format )

  

 

Recruitment

 

 » Training

 » Career Opportunity

 

 

In The News

 

 » HM News