|
Laba Halim Mazmin RM71.7 juta
25
February 2005
Kumpulan
perkapalan, Halim Mazmin Bhd (HMB) mencatat
keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM71.7
juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember
2004, paras tertinggi bagi kumpulan itu sejak
disenaraikan di Bursa Malaysia pada 1996.
Pencapaian tersebut juga merupakan peningkatan
lebih dua kali ganda berbanding PAT Kumpulan
HMB pada tahun sebelumnya iaitu RM30.2 juta.
Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Halim Mohammad
memberitahu pemberita di sini hari ini,
prestasi kewangan kumpulan tersebut didorong
oleh prestasi peniagaan kapal kontena yang
baik, selain perolehan daripada penjualan tiga
buah kapalnya pada bulan Jun dan bulan
November tahun lalu.
Menurut beliau, HMB memutuskan penjualan aset
tepat pada masanya berikutan tawaran nilai
yang tinggi oleh pembelinya.
Syarikat itu juga tidak mungkin mendapat
tawaran yang sama dalam tempoh tiga tahun akan
datang, tambahnya.
Beliau berkata, HMB kini memiliki lima kapal
termasuk dua kontena yang telah ditempah untuk
mengangkut barangan dalam tempoh jangka
panjang dari Malaysia ke Amerika Selatan dan
Afrika Selatan.
Perolehan daripada itu, ujarnya, meletakkan
kecairan tunai yang dimiliki oleh HMB sebanyak
RM320 juta yang digunakan untuk membayar balik
pinjaman dan juga bagi membeli kapal-kapal
baru.
Mengenai pembelian kapal baru, Halim kata, HMB
sedang menunggu dan melihat perkembangan
semasa dalam pasaran kapal yang kini masih
tinggi disebabkan permintaaan ke atas kapal
yang besar.
BACK
TO NEWS PAGE
|